Tutup

Skin Essentials (M) Sdn Bhd (Co. No. 500877-U)

Terdapat lebih 60 cawangan the seluruh Malaysia.

Alamat Ibu Pejabat

No.28, Jalan Anggerik Mokara 31/47,
Kota Kemuning, 40460 Shah Alam.

Ikuti Kami

Perkhidmatan Pelanggan

+603 5121 5055
+6014 641 8529

Copyright© 2016 Herbaline Global Wellness Group

Pundi Minyak

Definisi

Pundi Minyak (Siringoma) adalah bonjol benigna tidak berbahaya dan biasanya terdapat di bahagian atas pipi dan bawah mata. Ia lebih kerap dialami oleh remaja dan wanita. Pundi Minyak bermula daripada sekumpulan sista minyak yang perlahan-lahan bercantum menjadi satu. Wanita dari negara-negara Asia lebih mudah mendapat pundi minyak berbanding dengan negara-negara lain.

Punca-punca

  • Makanan berkalori tinggi (goreng/BBQ)
  • Hormon tidak seimbang.
  • Kelenjar peluh atau ekrin yang terlebih aktif.
  • Produk penjagaan kulit yang terlalu berkrim.
  • Keadaan perubatan seperti diabetes yang meningkatkan risiko pertumbuhan pundi minyak.
  • Gen keluarga.

Akibat-akibat

Pundi Minyak tidak menyebabkan kesakitan atau kegatalan, tetapi ketumbuhannya akan mencelakan wajah dan tidak boleh ditutup dengan mekap atau krim.

Tanda dan Gejala

Pundi minyak adalah bonjol kecil berwarna kulit (papul dermis) yang terbentuk pada kulit bahagian atas pipi dan bawah mata. Ia boleh berbentuk bulat atau rata dan berupa sista atau jernih. Mungkin terdapat bonjol-bonjol kecil setempat atau di beberapa bahagian muka dalam satu masa yang sama.

Copyright© 2016 Herbaline Global Wellness Group |

Hubungi Kami | Kedai Pencari | Kenapa EE Treatment