Harian Metro
26 Mei 2017
Alami keunikan rawatan cela wajah yang mudah dan semula jadi dengan Herbaline Ee Treatment. Rawatan sasaran ini berkesan untuk menghilangkan cela kulit paling ketara seperti sista minyak, ketuat dan bintil pada wajah serta leher dengan mudah.
Rawatan hasil penyelidikan dan ujian selama lebih 20 tahun ini menggabungkan krim herba asli daripada ekstrak pokok gajus dengan prosedur khusus untuk menghapuskan segala bentuk cela kulit paling degil.
Berbanding tanaman herba lain, kacang gajus didapati lebih kaya dengan asid anakardik. Ia berkesan menentang pelbagai jenis bakteria, termasuk yang menyebabkan masalah kulit seperti jerawat.
Uniknya, kacang gajus juga adalah sumber vitamin E dan mampu bertindak sebagai antioksidan semula jadi. Kandungan asid lemak tak tepu di dalamnya mampu memulihkan kelembapan dan merawat kulit rosak.
Menurut Penyelia Terapi Herbaline Facial Spa, Karen Heng, rawatan Ee dikendalikan pakar terapi profesional terlatih dan berpengalaman dalam persekitaran yang bersih serta selesa.
“Rawatan ketuat misalnya, ia tidak memerlukan sebarang bentuk pembedahan, tidak berdarah dan pelanggan tider perlu dibius. Mereka mungkin akan berasa tidak selesa sekejap, kemudian kami akan sapu gel Aloe Vera untuk mengurangkan rasa pedih”.
“Bagi wajah dengan kesan cela sedikit, tempoh rawatan biasanya mengambil masa antara lima sehingga 20 minit. Kesan lecuh yang terjadi sepanjang tempoh rawatan akan mengelupas sendiri dalam masa satu hingga tiga minggu”.
Prosedur Diuji
Menariknya, jelas Karen, rawatan Ee tidak meninggalkan kesan parut. Malah kesan antivirusnya memastikan ketuat tidak kembali tumbuh. Ini sekali gus menjadikan kulit anda bersih dan bebas cela.
“Memang ada banyak kaedah menghilangkan cela seperti laser karbon disoksida (CO2) yang bertindak menyejat, elektroterapi (mengeluarkan dengan pengikis), pembedahan (menjahit) dan pembedahan krio (pendinginan).
“Namun, jenis rawatan berkenaan meninggalkan parut dan kemungkinan cela tumbuh kembali antara lima sehingga 21 peratus.
Berbeza dengan rawatan Ee Treatment, ia memang dicipta khusus untuk membuang cela kulit menerusi prosedur yang sudah diuji serta kurang sakit.” katanya.
Berikut adalah langkah demi langkah yang dilalui pelanggan sepanjang mengikuti prosedur rawatan di Herbaline Facial SPA.
Kembali