Tutup

Skin Essentials (M) Sdn Bhd (Co. No. 500877-U)

Terdapat lebih 60 cawangan the seluruh Malaysia.

Alamat Ibu Pejabat

No.28, Jalan Anggerik Mokara 31/47,
Kota Kemuning, 40460 Shah Alam.

Ikuti Kami

Perkhidmatan Pelanggan

+603 5121 5055
+6014 641 8529

Copyright© 2016 Herbaline Global Wellness Group

Berita Kini

Ekstrak gajus gebukan kulit

Berita Harian

26 Mei 2017

Kulit yang mengalami cela teruk seperti kutil, sista, siringoma, tempel kulit dan menampakkan wajah tidak cantik dan berseri sehingga memberi kesan kepada penampilan individu.

Sebagai langkah penyelesaian, ramai mencuba rawatan laser, elektroterapi yang berfungsi mencungkil keluar sebelum mengikis kulit, pembedahan yang memerlukan bahagian kulit cela dijahit termasuk pembedahan krio.

Sesetengah kaedah rawatan berkenaaan juga ada kelemahan tersendiri, termasuk mengakibatkan parut dan sebagainya.

Justeru, ada cara rawatan menggunakan bahan semula jadi. Umpamanya, pusat kecantikan Herbaline, menawarkan Ee Treatment membawa lembaran baharu dalam memulihkan kulit cela dengan menggabungkan krim herba asli daripada buah gajus yang lebih selamat.

Tiada kesan parut

Penyelia Herbaline cawagan Bandar Baru Puchong, Jocelyn Liao, berkata prosedur diperkenalkan bagi meminggirkan bahan kimia berbahaya dengan menjadikan ekstrak buah gajus bagi menyembuhkan kulit bermasalah.

Katanya, hasil penyelidikan dan ujian selama 20 tahun menemukan kelebihan buah gajus yang bercampur dengan bahan asli lain berkesan dalam menangkis serangan pelbagai bakteria termasuk yang menyebabkan masalah kulit seperti jerewat.

“Kandungan asid anakardik dalam buah itu berkesan menentang bakteria manakala sumber vitamin E dimilikinya bertindak sebagai antioksidan semula jadi serta asid lemak tak tepu yang boleh memulihkan kelembapan dan kegebuan kulit yang rosak”, katanya.

Tempoh rawatan kurang 20 minit, cuma anda akan berasa ketidakselesaan sementara dan perit seperti terkena gigitan serangga sewaktu bahagian kulit mengalami cela dikikis sebelum disapu krim Ee di tempat itu.

“Kesan perit berlaku selama beberapa saat selepas krim disapukan. Ia turut meninggalkan luka lecuhan yang akan menggelupas sendiri dalam masa satu hinga tiga minggu sebelum diganti dengan kulit licin tanpa cela”, katanya.

Kesan antivirus memberi jaminan tiada kesan parut pada kulit dan pada masa sama mengurangkan risiko cela berulang.

Jocelyn berkata, prosedur Ee Treatment bermula dengan process diagnonis kulit bermasalah yang perlu diberi perhatian unuk rawatan.

Kenal pasti bahagian bermasalah

Sebaik dikenal pasti, kulit mengalami cela yang degil itu akan dibersihkan dan menghapuskan risiko jangkitan.

Permukaan kulit yang mengalami kecelaan dikikis untuk membolehkan krim rawatan meresap ke akar umbi.

Krim Ee (ekstrak gajus) kemudian disapu, menutupi semua permukaan kulit yang mengalami cela itu.

“Lecuhan kulit berlaku untuk tempoh masa singkat menandakan krim bertindak selepas rawatan diberikan. Jangan khuatir kerana ia tidak lama namun disyorkan elak dahulu menyapu sebarang krim dan kosmetik di tempat menerima rawatan,” katanya.

Justeru, bagi penjagaan susulan, Herbaline mengesyorkan penggunaan produk gel Nano Aloe Vera bersama minyak pati vitamin C dan E.

Sesuai digunakan sepanjang tempoh pemulihan berlangsung rumusan esen nano yang terkandung, dalam gel Aloe Vera dikatakan seribu lebih halus dari-pori kulit berkenaan berupaya melembap, memulih dan menperbaharui kulit tanpa meninggalkan kesan minyak pada kulit.

Sementara itu, pati minyak vitamin C dan E daripada ekstrak minyak Rose Hip yang diperoleh menerusi kaedah tekanan sejuk apabila digabungkan dengan teknologi nano menjadi nutrien penting untuk sintesis sel.

Kembali

Copyright© 2016 Herbaline Global Wellness Group |

Hubungi Kami | Kedai Pencari | Kenapa EE Treatment