Liang membran bahagian bermasalah dikikis dan dibersihkan bagi memudahkan proses penyerapan.
Pati kacang gajus disapukan pada liang kulit. (penerima rawatan berkemungkinan besar berasa kurang selesa kerana proses penyerapan seakan gigitan semut)
Sisa-sisa sel kulit dan pati kacang gajus pada liang kulit dibersihkan.
Liang membran yang dirawat akan membentuk keruping secara semulajadi. Jangan faru atau sentuh keruping. Biarkan keruping terjatuh/tercabut dari kulit dengan sendiri.
Selepas 1-3 minggu, keruping pada liang membran yang dirawat akan terjatuh/tercabut. Sel kulit baru akan terbentuk secara semulajadi tanpa parut.
Cari Lokasi Cawangan Kami
Pastikan anda tidak mengikis atau menyentuh kulit terlalu kerap ia boleh menyebabkan infeksi dan parut
Pastikan kulit sentiasa bersih dan terhidrat.
SEBELUM keruping terbentuk – Sapukan Aloe Vera Gel untuk melembutkan dan menstabilkan kulit.
SELEPAS keruping terbentuk – Sapukan Vitamin C+E Essential Oil untuk mempercepatkan pembentukan sel baru
Kurangkan atau jauhi pengambilan makanan yang menyebabkan keradangan.
Elakkan tidur lewat dan dapatkan rehat secukupnya.
Elakkan terdedah pada cahaya matahari terlalu lama dan kurangkan aktiviti luar